Steven Gerrard. FOTO Agensi
Steven Gerrard. FOTO Agensi
Agensi

Glasgow: Bos Rangers, Steven Gerrard dilaporkan sedia mempertimbangkan tugas sebagai pengendali baharu Aston Villa.

Selepas Dean Smith disingkirkan dari tugas itu pada Ahad lalu, Gerrard pantas mengisi senarai calon pilihan bagi jawatan penting itu di Villa Park.

Laporan sejak beberapa hari lalu menyatakan pengendali Inggeris berkenaan menjadi antara calon pilihan utama kelab Liga Perdana Inggeris itu susulan prestasi cemerlang di Ibrox dan hubungan baik bersama CEO Villa, Christian Purslow.

Menurut laporan The Telegraph, pengendali berusia 41 tahun itu bersedia meninggalkan gergasi Scotland untuk kembali ke liga Inggeris.

Villa dijangka mengemukakan permohonan rasmi kepada Rangers minggu ini seterusnya mengadakan rundingan lanjut sebelum beralih kepada calon lain.

Gerrard melakar kemenangan dalam 125 daripada 193 perlawanan sebagai pengendali Rangers dan mempunyai kontrak hingga hujung musim 2023-24.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 10 November 2021 @ 10:24 AM