Steven Gerrard (kiri) memberi arahan kepada pemainnya. FOTO AFP
Steven Gerrard (kiri) memberi arahan kepada pemainnya. FOTO AFP
AFP

London: Steven Gerrard berazam memberikan tentangan sengit kepada Liverpool tatkala penampilannya ke Anfield bersama Aston Villa sebagai jurulatih malam esok dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) yang kembali dibayangi penularan kes Covid-19.

Gerrard yang juga bekas pemain tengah Liverpool memenangi tiga daripada empat pertemuan liga sejak mengambil alih jawatan daripada Dean Smith di Villa Park namun berdepan cabaran sukar bertemu skuad kendalian Jurgen Klopp.

Chelsea pula terdesak untuk kembali ke landasan sebenar apabila menentang Leeds manakala Newcastle akan memulakan perjalanan sukar yang akan menentukan masa depan mereka musim ini.

Gerrard dijangka akan kembali ke Liverpool sebagai pengurus satu hari nanti selepas penampilan gemilang sebagai pemain di Anfield dan dia tidak menjadikan Villa sebagai batu loncatan bagi tujuan berkenaan.

Pemain berusia 41 tahun itu meninggalkan juara Scotland, Rangers bulan lalu untuk bergelar pengurus Liga Perdana dan ia segera mendatangkan impak.

Menang mengatasi Brighton, Crystal Palace dan Leicester mengangkat Villa ke kedudukan ke-10 dengan hanya kekalahan tipis 2-1 kepada pendahulu liga, Manchester City menyekat rentak cemerlang itu.

Dia sedar akan menerima sambutan hangat di Liverpool tetapi ia akan berakhir sebaik sepak mula apabila tuan rumah akan mencari kemenangan kelima berturut-turut dalam liga.

Gerrard menangi Liga Juara-Juara, dua Piala FA, tiga Piala Liga dan Piala UEFA di Anfield, berjanji dia tidak akan terbawa-bawa dengan keadaan itu.

"Saya pastinya tidak akan terbawa-bawa," katanya.

"Jika orang lain melakukannya, saya tidak boleh mengawalnya. Ia mengenai kami ke sana dengan penuh yakin dan percaya bawa kami boleh mendapat sesuatu daripada aksi itu."

Jadual Liga Perdana Inggeris:

Esok -

Brentford mln Watford

(Std Brentford, 4 pg)

Man City mln Wolves

(Std Etihad, 8.30 mlm)

Arsenal mln Southampton

(Std Emirates, 11 mlm)

Chelsea mln Leeds

(Std Stamford Bridge, 11 mlm)

Liverpool mln Aston Villa

(Std Anfield, 11 mlm)

Ahad -

Norwich mln Man United

(Std Carrow Road, 1.30 pg)

Burnley mln West Ham

(Std Turf Moor, 10 mlm)

Leicester mln Newcastle

(Std King Power, 10 mlm)

Crystal Palace mln Everton

(Std Selhurst Park, 12.30 tgh mlm)

Brighton mln Tottenham - ditangguhkan kerana penularan kes Covid-19

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 10 Disember 2021 @ 2:42 PM