MESSI (kiri) ketika bersama Barca yang dibimbing Guardiola pada 2011. FOTO AFP
MESSI (kiri) ketika bersama Barca yang dibimbing Guardiola pada 2011. FOTO AFP
AFP

Paris: Sebelum ini Lionel Messi dan Pep Guardiola dikatakan akan bergabung kembali tapi awal pagi Rabu ini mereka bakal bersua namun sebagai lawan apabila Paris Saint Germain (PSG) bertemu Manchester City dalam saingan Liga Juara-Juara (UCL).

Jika tidak mendapatkan Jack Grealish, mungkin keadaan akan menjadi berbeza.

City mengumumkan mereka menandatangani Grealish dari Aston Villa pada 5 Ogos lalu hari yang sama Barcelona mendedahkan Messi tidak akan kekal di Camp Nou.

Setahun lalu, ketika Messi cuba untuk meninggalkan Catalan, City dikatakan berminat untuk mendapatkannya.

Akhir sekali Barcelona menghalang pemenang enam kali Ballon d'Or itu dari meninggalkan kelab dan 12 bulan kemudian dia bersedia untuk kekal sehinggalah jelas bahawa masalah kewangan di Camp Nou mengubah segala-galanya.

Sekiranya City dapat tahu lebih awal mereka mungkin akan menyambar Messi namun mereka mengubah buruan kepada Grealish dan dalam masa sama cuba untuk mendapatkan Harry Kane yang akhir sekali tidak berhasil.

"Buat masa sekarang ia tidak ada dalam perancangan kami," kata Guardiola apabila ditanya adakah City akan mendapatkan Messi.

Ia merujuk kepada permainan moden bahawa PSG adalah satu-satunya tempat yang realistik buat pemain berusia 34 tahun itu yang dilabel Guardiola sebagai pemain terbaik sepanjang zaman.

Messi setakat ini beraksi tiga perlawanan bersama kelab barunya dan belum mencetak nama sebagai penjaring.

Dia terlepas dua aksi PSG sebelum ini kerana kecederaan lutut namun dia merasakan bahawa Mauricio Pochettino cuba untuk menyimpannya bagi perlawanan menentang City.

Selepas seri 1-1 dengan Club Brugge dalam perlawanan pembukaan, PSG memerlukan keputusan positif berdepan City bagi menghalang lawannya itu menguasai aksi UCL peringkat kumpulan.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 27 September 2021 @ 2:33 PM