NEYMAR (kanan) menyatakan hasrat untuk bergabung semula dengan Messi. FOTO Agensi
NEYMAR (kanan) menyatakan hasrat untuk bergabung semula dengan Messi. FOTO Agensi
AFP

Paris: Pengarah sukan Paris Saint-Germain (PSG), Leonardo menolak kemungkinan Lionel Messi akan menyertai juara Perancis itu

Selepas mengalahkan Manchester United di Liga Juara-Juara, Neymar yang juga bekas rakan sepasukan Messi di Barcelona berkata, dia berminat untuk bermain bersama penyerang Argentina itu sekali lagi.

"Kita harus menghormati Messi dan Barcelona. Messi adalah pemain Barcelona. Apabila ada yang berkata mengenai pemain kita, kita akan tidak gembira, jadi kita tidak bercakap mengenai pemain kelab lain.

"Bukan masanya bercakap mengenai perkara itu, berbicara mengenai jendela perpindahan, kami hanya memikirkan mengenai musim dan sasaran kami.

"Kami mempunyai skuad untuk melaksanakan perkara itu, pasukan kompetitif walaupun kami melakukan penggiliran pemain," katanya.

Juamat lalu, jurulatih Barca, Ronald Koeman mengkritik presiden sementara, Carles Tusquets yang berkata, bahawa mereka sepatutnya menjual pemenang Ballon d'Or sebanyak enam kali itu.

Pemain berusia 33 tahun itu membuat percubaan untuk meninggalkan Nou Camp sebelum mengubah fikiran September lalu, namun dia berpeluang berbuat demikian tahun depan.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 6 Disember 2020 @ 2:40 PM