MESSI ketika meraikan jaringannya. FOTO EPA
MESSI ketika meraikan jaringannya. FOTO EPA

Barcelona: Lionel Messi menyumbat dua gol, manakala Neymar menambah jaringan pada 13 minit terakhir sekaligus menewaskan Bayern Munich 3-0 dalam perlawanan separuh akhir pertama, Liga Juara-Juara di Camp Nou, di sini.

Dalam aksi ke-100 dipersada bola sepak Eropah, Messi sekali lagi di hadapan Cristiano Ronaldo sebagai penjaring terbanyak musim ini dengan 77 jumlah jaringan.

Rembatan kaki kiri Messi cuba disekat pemain pertahanan, Jeremy Boateng, sebelum membolosi gawang anak didik Guardiola buat kali kedua.

“Guardiola sebelum ini pernah menjadi jurulatih Barcelona, tahu kehebatan Messi dan dia juga tahu tiada siapa dapat menghalang kemaraannya.

“Messi juga berjaya menjaringkan dua gol yang cantik,” kata pertahanan Barcelona, Gerard Pique.

Barcelona berbaki satu perlawanan penentuan bakal bertemu samada Juventus atau Real Madrid dalam final liga. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 7 Mei 2015 @ 9:32 AM