MESSI sah meninggalkan Barcelona. FOTO AFP
MESSI sah meninggalkan Barcelona. FOTO AFP
AFP

London: Pep Guardiola menafikan dakwaan Manchester City mahu mendapatkan Lionel Messi selepas pengumuman mengejutkan Barcelona bahawa bintang Argentina itu akan meninggalkan Camp Nou.

Guardiola adalah pengurus Messi di Barcelona selama empat tahun dan kelab Liga Perdana itu pantas dikaitkan dengan penyerang sensasi berkenaan.

Bercakap pada sidang media hari ini, Guardiola menegaskan gabungannya semula dengan Messi tidak ada dalam perancangannya ketika ini.

"Sekarang ini bukan dalam fikiran kami (untuk menandatangani Messi), sama sekali tidak," katanya.

"Kami menghabiskan £40 juta (RM234 juta) untuk Jack Grealish. £100 juta (RM586 juta) kami bayar dan £60 juta (RM351 juta) diperolehi tahun lalu.

"Dia akan memakai jersi bernombor 10 kerana kami yakin dengan kemampuan Jack Grealish.

"Ia seperti dapat diselesaikan dengan baik antara Messi dengan Barcelona. Pada akhirnya ia mengejutkan semua pihak termasuk saya. Tapi saya rasa Laporta sudah menjelaskan secara terperinci hari ini."

Presiden Barcelona, Joan Laporta berkata, kelab terpaksa menamatkan hubungan dengan Messi kerana berdepan masalah kewangan.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 6 Ogos 2021 @ 9:51 PM