Mauricio Pochettino. FOTO Agensi
Mauricio Pochettino. FOTO Agensi
Agensi

Paris: Bos Paris Saint-Germain, Mauricio Pochettino tidak bersetuju dengan dakwaan kelabnya berada di kedudukan utama untuk menandatangani Lionel Messi menerusi perpindahan percuma.

Berita mengenai Messi tidak akan menandatangani kontrak baharu di Barcelona mengejutkan dunia bola sepak, dan kelihatan tiada peluang buat penyerang itu untuk terus kekal di Camp Nou.

Manchester City dan PSG adalah antara dua kelab pilihan yang berkemampuan untuk menandatangani pemain kebangsaan Argentina itu dan jelas gergasi Perancis adalah pasukan pilihan untuk mendapatkan tandatangannya.

Apabila ditanya mengenai laporan itu, Pochettino berkata pengarah sukan, Leonardo dan presiden kelab, Nasser Al-Khelaifi "bekerja keras untuk memantapkan pasukan."

"Kami tahu apa yang berlaku semalam antara Messi dan Barca, tetapi kami memberi tumpuan penuh untuk menewaskan Troyes. Nasser dan Leonardo berkerja keras untuk memantapkan pasukan," kata Pochettino.

PSG ketika ini dipercayai sedang berusaha untuk kontrak baharu buat Kylian Mbappe tapi percaya bahawa mereka mampu menetapkan tawaran sesuai untuk menarik Messi ke Paris.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 6 Ogos 2021 @ 10:21 PM