Reaksi Pengurus Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer ketika saingan Piala Liga di Old Trafford. FOTO AFP
Reaksi Pengurus Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer ketika saingan Piala Liga di Old Trafford. FOTO AFP
AFP

Manchester, United Kingdom: Ole Gunnar Solskjaer mendakwa Manchester United diberikan kurang penalti sejak pengurus Liverpool, Jurgen Klopp mempersoalkan jumlah penalti yang diperoleh kelab Old Trafford itu.

Solskjaer berasa pelik selepas Cristiano Ronaldo dinafikan dua penalti ketika kemenangan 2-1 di West Ham dalam saingan Liga Perdana, minggu lalu.

The Hammers berjaya membalas dendam dengan menyingkirkan United dalam saingan Piala Liga semalam apabila mencatat kemenangan 1-0, tetapi anak buah Solskjaer sekali lagi dinafikan memperoleh penalti menerusi Jesse Lingard.

Januari lalu, Klopp mendakwa United diberikan lebih banyak penalti dalam tempoh dua tahun setengah Solskjaer mengambil alih sebagai pengendali berbanding lima tahun dia di Anfield.

"Kami cuma berharap kami memperoleh apa yang sepatutnya kami dapat. Kami sepatutnya memperoleh tiga penalti dalam dua perlawanan lalu," kata Solskjaer.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 24 September 2021 @ 11:02 PM