SOLSKJAER (kanan) mahu United majukan bakat muda.
SOLSKJAER (kanan) mahu United majukan bakat muda.
Reuters

MANCHESTER United mesti membuat keputusan bijak ketika menandatangani pemain baharu dan mengembangkan bakat pemain muda mereka supaya dapat bersaing dalam Liga Perdana musim depan, menurut pengurus, Ole Gunnar Solskjaer.

Solskjaer berjaya memulihkan reputasi United ketika dia mula menjadi pengendali sementara tetapi gagal layak ke Liga Juara-Juara selepas hanya menang dua daripada lapan aksi terakhir.

Juara liga 20 kali itu merosot ke tangga keenam dan tidak mampu naik ke tangga kelima pada perlawanan terakhir musim ini.

Solskjaer berkata, kecederaan pemainnya dalam beberapa minggu terakhir punca utama mereka gagal menghuni kelompok empat teratas.

"Kami perlu lebih bijak dalam mencari pemain baharu, kami perlu mengembangkan bakat pemain muda dan kami akan bertambah baik,” kata Solskjaer kepada MUTV.

"United adalah kelab besar dan media serta orang ramai akan mengkritik kami setiap kali dapat peluang. Kami ditimpa beberapa siri kecederaan dan mengalami turun naik dalam dua bulan lepas tapi itulah bola sepak.”

United menerima kunjungan Cardiff City yang sudah pun tersingkir pada aksi terakhir mereka Ahad ini.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 10 Mei 2019 @ 8:03 PM