NEYMAR (kiri), Mbappe dan Messi (kanan) pada sesi latihan di pusat latihan Saint-Germain dekat Paris. FOTO EPA
NEYMAR (kiri), Mbappe dan Messi (kanan) pada sesi latihan di pusat latihan Saint-Germain dekat Paris. FOTO EPA
AFP

Paris: Kylian Mbappe yang dibayangi isu perpindahan ke Real Madrid, akan berada dalam skuad Paris Saint-Germain di Reims bersama-sama Lionel Messi yang mungkin akan melakukan penampilan pertama dan Neymar, kata jurulatih Mauricio Pochettino.

"Kami belum umumkan skuad lagi," kata Pochettino pada sidang media menjelang aksi Ligue 1.

Beliau menambah 'trio magik' itu akan berada dalam skuad.

"Sama-sama kita nantikan jika mereka dapat diletakkan dalam kesebelasan utama perlawanan itu."

Pochettino berkata, Mbappe tidak ada memberitahunya bahawa dia mahu meninggalkan PSG untuk ke Real Madrid.

"Kylian bekerja keras seperti biasa ketika sesi latihan," kata Pochettino.

Ditanya berhubung situasi kontrak penyerang berbisa itu, Pochettino berkata: "Presiden dan pengarah sukan sudah menjelaskan mengenai kedudukan kelab."

Presiden PSG , Nasser Al-Khelaifi pada undian Liga Juara-Juara, Khamis lalu menjelaskan kelab tidak mengubah pendirian untuk mengekalkan Mbappe.

Meskipun tanpa Messi dan Neymar, PSG sudah memenangi kesemua tiga aksi pertama liga.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 28 Ogos 2021 @ 11:01 PM