NEYMAR dan Messi ketika beraksi di Barcelona.
NEYMAR dan Messi ketika beraksi di Barcelona.
Agensi

Paris: Neymar meraikan perpindahan sensasi Lionel Messi ke Paris Saint-Germain dengan mengalu-alukan kehadiran bekas rakan sepasukannya di ibu kota Perancis.

Bintang Brazil itu memuatnaik video dia bersama Messi meraikan jaringan ketika mereka beraksi di Catalonia dalam Instagramnya.

Video pendek itu menunjukkan Neymar dan ikon bola sepak Argentina itu berpelukan dengan kapysen tertera 'kembali bersama' sekali gus mengesahkan kehadiran Messi dan melengkapkan trio serangan paling berbisa pernah disaksikan di Eropah.

Messi akan membentuk gandingan penyerang digeruni bersama Neymar dan Kylian Mbappe dalam skuad Mauricio Pochettino.

Dia bersetuju dengan kontrak dua tahun dan menerima bayaran lumayan £35 juta (RM205 juta) semusim dengan gergasi Ligue 1 itu.

Selepas seminggu berunding, Messi akhirnya bersetuju berpindah ke Parc de Princes dengan perjanjian sehingga 2023.

Dia menjadi pemain keempat berprofil tinggi dimiliki PSG pada musim panas ini selepas Gini Wijnaldum, Sergio Ramos dan Gianluigi Donnarumma.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 11 Ogos 2021 @ 1:33 PM