Agensi

Paris: Paris St-Germain masih belum memutuskan sama ada Lionel Messi akan membuat penampilan sulungnya pada perlawanan Ligue 1 menentang Brest.

Pemenang anugerah enam kali Ballon d'Or winner, 34, menyertai PSG dengan perpindahan percuma minggu lalu selepas meninggalkan Barcelona kerana masalah kewangan pasukan itu.

Dia masih belum beraksi sebarang perlawanan sejak menjulang Copa America bersama Argentina namun sudah menjalani latihan penuh bersama PSG.

"Kami masih belum memutuskan skuad.

"Kami akan menilai semua sama ada Messi akan menjadi sebahagian daripada pasukan nanti.

"Semuanya positif. Wujud suasana yang baik dalam skuad dan dia dapat menyesuaikan diri dengan baik dan pantas. Ia satu perasaan yang sangat baik," kata Mauricio Pochettino.

Penyerang PSG, Neymar dan Messi menjalani latihan bersama skuad. FOTO AFP
Penyerang PSG, Neymar dan Messi menjalani latihan bersama skuad. FOTO AFP

Pochettino mengetepikan khabar angin bahawa penyerang Perancis, Kylian Mbappe akan menyertai Real Madrid musim panas ini.

"Mbappe adalah pemain kami dan saya mahu dia berada di sini musim ini.

"Dia masih ada satu tahun lagi kontrak. Walaupun dia tidak mahu memperbaharuinya dia masih lagi pemain PSG dan kami gembira dengannya dan apa yang saya tahu dia juga gembira bersama kami.

"Dia sangat tenang dan bersedia untuk perlawanan esok."

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 20 Ogos 2021 @ 8:53 AM