Pemain tengah Perancis, Paul Pogba (kiri) ketika perlawanan berdepan Switzerland dalam saingan Euro 2020. FOTO AFP
Pemain tengah Perancis, Paul Pogba (kiri) ketika perlawanan berdepan Switzerland dalam saingan Euro 2020. FOTO AFP
Agensi

Turin: Pengendali Juventus, Massimiliano Allegri dilaporkan memberitahu pengurusan tertinggi kelab terbabit mengenai keinginannya untuk bergandingan semula dengan Paul Pogba di Turin.

Masa depan bintang Manchester United dari Perancis itu menjadi perhatian utama pada jendela perpindahan dunia, ketika dia belum bersetuju dengan perjanjian bersama Red Devils mengenai lanjutan kontrak selepas 2022.

Pogba dijangka di jual pada musim panas ini jika tiada perjanjian baharu dapat dicapai bersama United dan laporan terbaru mendakwa dia mungkin dijadikan sebahagian daripada perjanjian pertukaran membabitkan pemain Real Madrid, Raphael Varane.

Bagaimanapun, 90min mendakwa selepas Allegri kembali mengendali Juve, skuad Old Lady itu dijangka melakukan usaha habis-habisan untuk menandatangani Pogba pada musim panas ini, dengan kedua-dua mereka mempunyai hubungan baik dan berkerja sama rapat ketika di kelab itu.

Laporan menambah bos United masih mempertimbangkan sama ada menawarkan kontrak baharu bernilai £400 juta mingguan adalah langkah betul ketika Juve pula menyatakan minat yang jelas untuk mendapatkan khidmat Pogba.

Pogba meledak satu gol dan mencipta satu bantuan gol dalam empat penampilan buat Perancis ketika kempen Euro 2020 dan pemain berusia 28 tahun itu sudah memberi impak dalam 80 gol (38 gol, 42 bantuan gol) dalam 206 penampilan buat United.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 4 Julai 2021 @ 10:57 PM