TUKANG gunting Pogba (kanan) membalas komen di Instagram dengan komen ‘#pogback’ dengan emoji hitam dan putih yang mewakili warna Juventus.
TUKANG gunting Pogba (kanan) membalas komen di Instagram dengan komen ‘#pogback’ dengan emoji hitam dan putih yang mewakili warna Juventus.
Agensi

London: Tukang gunting Paul Pogba iaitu Ahmed AlsanawI memberi bayangan pemain tengah itu akan kembali semula Juventus, menerusi komen di Instagram miliknya.

Bintang Perancis itu bakal meninggalkan Old Trafford sebagai ejen bebas pada musim panas ini apabila kontraknya tamat dan dikatakan akan menyertai semula kelab Serie A itu.

Pogba ditawarkan kontrak tiga tahun bernilai £10 juta (RM55 juta) setahun oleh Juventus dan kelab itu yakin perjanjian akan dicapai, walaupun PSG turut berminat mendapatkan pemain itu.

Kini, tukang gunting pemain berusia 29 tahun itu 'mengalahkan' pemain itu serta kelab mengenai pengumuman perpindahan apabila dia memberi bayangan di sosial media Pogba.

Pogba memuat naik gambar gaya rambut barunya di Instagram dengan kapsyen: "Anda tahu apa yang berlaku ketika ini."

AStarBarbers kemudian memberi komen: '#pogback' dengan emoji hitam dan putih yang mewakili warna Juventus.

PSG dijangka membuat tawaran akhir untuk meyakinkan Pogba supaya pulang ke negara asalnya, tetapi nampaknya usaha mereka itu gagal.

Perpindahan itu sudah pasti meningkatkan nilai komersial kepada PSG, tetapi difahamkan Pogba yang dikatakan turut menarik minat Real Madrid, lebih cenderung untuk kembali semula ke Turin.

Awal bulan ini, media melaporkan Manchester City berminat menandatangani Pogba menerusi perpindahan percuma yang dianggap satu daripada detik paling dramatik dalam bola sepak Inggeris.

Pemain berusia 29 tahun itu pada mulanya mempertimbangkan tawaran itu, sebelum membuat keputusan mahu beraksi di luar England.

Juventus dan Pogba masih dalam proses rundingan sebelum mencapai kata putus, tetapi terdapat perkhabaran positif kedua-dua pihak hampir bersetuju untuk memeterai perjanjian.

Bersama Juventus sebelum ini, aksi Pogba memang sensasi apabila memenangi empat gelaran Serie A dalam empat musim selain menjaringkan 34 gol daripada 178 perlawanan dan melakukan 40 umpanan jaringan.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 27 Mei 2022 @ 10:26 AM