PENJAGA gol Barcelona Marc-Andre ter Stegen menangkis percubaan lawan. FOTO AFP
PENJAGA gol Barcelona Marc-Andre ter Stegen menangkis percubaan lawan. FOTO AFP
AFP

Madrid: Barcelona kembali mencabar gelaran La Liga selepas bangkit daripada ketinggalan untuk menang ke atas Real Sociedad 2-1 dengan pemain berpengalaman dan penjaring gol, Jordi Alba menyifatkan kemenangan itu sebagai "perlawanan terbaik musim ini."

Kemenangan itu menyaksikan Barcelona kini enam mata ketinggalan dari pendahulu liga sementara kekalahan itu menyaksikan Sociedad terpaksa melepaskan kedudukan pendahulu liga kepada Atletico Madrid.

Sociedad gagal meraih sebarang mata di Barcelona sejak 25 tahun lalu bagaimanapun mendahului menerusi Willian Jose minit ke-26.

Pemain antarabangsa Sepanyol, Alba menyamakan kedudukan empat minit kemudian dengan Frenkie de Jong meledakkan gol kedua sebelum babak pertama berhenti rehat.

"Ia adalah permainan terbaik kami musim ini. Kami beraksi dan tahu apa yang terbaik yang perlu kami lakukan," kata bek kiri Alba.

"Kami memberi tekanan kepada mereka terutama pada babak pertama.

"Malam ini saya lihat Barca sangat hebat. Kami gembira dengan sikap yang ditunjukkan. Kami tahu apa itu derita. Kemenangan ini akan memberikan lebih banyak keyakinan untuk meneruskan baki perlawanan dalam La Liga kerana masih ada banyak lagi perlawanan yang perlu ditempuhi.

Kali terakhir Sociedad meraih mata ketika beraksi di Barcelona adalah pada 1995.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 17 Disember 2020 @ 9:28 AM