EE Yi dan Yew Sin benam beregu Jepun.
EE Yi dan Yew Sin benam beregu Jepun.
BERNAMA

Kuala Lumpur: Pasangan beregu profesional kebangsaan, Teo Ee Yi-Ong Yew Sin melangkah ke suku akhir Terbuka Denmark 2023 di Odense, pada Khamis.

Pada pusingan kedua kejohanan yang berlangsung di Arena Jyske Bank, Ee Yi-Yew Sin berjaya mengatasi pasangan Jepun Akira Koga-Taichi Saito, 21-17, 22-20, dan selepas ini akan bertemu pasangan tuan rumah Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen.

Astrup-Rasmussen, yang merupakan pilihan ketujuh kejohanan melangkah ke suku akhir selepas menewaskan pasangan dari Jerman Mark Lamsfuss-Marvin Seidel, 20-22, 21-11, 21-18.

Pasangan Ee Yi-Yew Sin akan menyertai dua lagi wakil Malaysia pada suku akhir, pemain perseorangan Lee Zii Jia dan pasangan beregu utama negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik, hari ini.

Zii Jia akan bertemu pemain Jepun Kenta Nishimoto, manakala Aaron-Wooi Yik akan bertemu pasangan China He Ji Ting-Ren Xiang Yu.

Semalam, Zii Jia menang tanpa bertanding selepas pemain pilihan utama Viktor Axelsen selepas cedera di kaki kirinya.

Sementara itu, Aaron-Wooi Yik pula layak ke suku akhir selepas mereka mengalahkan juara dunia tiga kali dari Indonesia Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan, 16-21, 21-5, 21-15.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 20 Oktober 2023 @ 3:32 PM