Ruhainies
Ruhainies
Syafil Syazwan Jefri


Kuala Lumpur: "Buat masa sekarang, bergantung kepada keadaan,"

Demikian kata pelakon, Ruhainies ketika ditanya mengenai tindakan undang-undang yang akan diambil selepas namanya terpalit kontroversi menjadi orang ketiga dalam rumah tangga pelakon, Bella Astillah dan Aliff Aziz.

Ruhainies, 32, ketika dihubungi berkata, dia menyambut baik saranan dan gesaan Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Zed Zaidi agar pihaknya membuat laporan polis dan melaporkan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) terhadap pendedahan mengaibkan yang dilakukan wanita Singapura, Sarah Yasmine.

"Pihak Seniman pun ada menghubungi saya dan cadangkan perkara itu. Saya ada merujuk dengan peguam juga untuk mendapatkan nasihat berkaitan perkara ini.

"Memang saya dapat saranan daripada pihak atasan (Seniman) untuk berbuat demikian. Tapi, buat masa sekarang, bergantung kepada keadaan," katanya kepada Harian Metro.

Terdahulu, kontroversi rumah tangga penyanyi dan pelakon dari Singapura, Aliff dan Bella tercetus lagi selepas Aliff ditangkap khalwat dengan Ruhainies di sebuah kondominium mewah, di sini, awal Mac lalu.

Tidak tahan kerap menjadi mangsa curang dan mendakwa Aliff melakukannya sebanyak 11 kali, Bella memfailkan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur pada 11 Mac lalu.

Sebelum Sarah, wanita yang mendakwa kekasih Aliff mendedahkan pelbagai perancangan dan kata romantis yang didakwa membabitkan pasangan pelakon terbabit.

Tidak cukup dengan itu beberapa nama artis lain yang turut terpalit kontroversi didedahkan wanita dari Singapura itu.

Sarah turun mendakwa mereka sudah menjalin hubungan cinta sejak Januari lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 1 Mei 2024 @ 4:36 PM