AKSI mantap  Sze Fei dan Nur Izzuddin ketika menentang beregu Jepun. FOTO Aswadi Alias
AKSI mantap Sze Fei dan Nur Izzuddin ketika menentang beregu Jepun. FOTO Aswadi Alias
Aida Adilah Mat


Kuala Lumpur: Beregu lelaki negara Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani tidak mahu terlalu memikirkan rekod pertemuan apabila turun berdepan jaguh India, Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Shetty pada pusingan kedua Terbuka Malaysia di Axiata Arena esok.

Beregu negara yang kini menghuni ranking ke-12 dunia mengharapkan aura Axiata Arena dan kehadiran penyokong yang membanjiri stadium akan dapat membantu membangkitkan semangat mereka melakar kejayaan selepas menang pusingan pertama menewaskan beregu Jepun, Keiichiro Matsui-Yoshinori Takeuchi 21-12, 21-12.

Berdasarkan rekod pertemuan nyata memihak pasangan India itu 6-1 dan kali terakhir mereka bertemu di separuh akhir Piala Thomas di Bangkok Mei lalu yang menyaksikan Sze Fei-Izzuddin tewas dalam pertarungan straight set 19-21, 15-21.

Kata Izzuddin, rekod pertemuan bukan penentu kejayaan kerana apa saja boleh terjadi ketika perlawanan berlangsung.

"Rekod pertemuan itu semua tak penting. Apa yang penting adalah beri yang terbaik dalam setiap perlawanan. Kami nak menang tapi kami tak mahu terlalu memberi tekanan kepada diri sendiri. Sekarang ini hanya siapkan diri dan menikmati perlawanan," katanya.

Akan turun dengan strategi berbeza selepas tewas di Piala Thomas, Sze Fei mengharapkan sokongan padu penyokong akan memberi suntikan semangat luar biasa untuk mereka mempamerkan aksi mantap di dalam gelanggang.

"Kekalahan lalu banyak membantu kami untuk perbaiki kelemahan. Kami akan turun dengan strategi baru tapi sokongan penonton juga sangat penting. Cuma kami tak mahu terlalu teruja dan tak mahu terlalu untuk memberi tekanan pada diri sendiri. Saya harap kami dapat fokus di dalam gelanggang nanti," katanya.

Sze Fei-Izzuddin sebelum ini berjaya muncul juara di Terbuka Jerman dan mara ke final Terbuka Switzerland, Mac lalu. Mereka kini menjadi sandaran negara selepas beregu pertama Aaron Chia-Soh Wooi Yik

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 29 Jun 2022 @ 2:25 PM