Zlatan Ibrahimovic. FOTO File Agensi
Zlatan Ibrahimovic. FOTO File Agensi
Agensi

ZLATAN Ibrahimovic tiada ego dan banyak menyumbang di Milan, menurut rakan sepasukan, Hakan Calhanoglu.

Ibrahimovic, 38, kembali ke Milan pada Januari lalu dan sudah menjaringkan empat gol dalam 10 perlawanan sebelum musim ini ditunda kerana pandemik Covid-19.

Penyerang itu berhadapan kecederaan betis menjelang kempen Serie A yang akan bersambung selain menghadapi masa depan yang tidak menentu.

Namun, Calhanoglu menghamburkan pujian terhadap Ibrahimovic, yang memenangi Serie A dan Supercoppa Italiana ketika bersama kelab dalam tempoh pertama.

"Dia bukan pemain baru buat Milan. Dia adalah bintang dunia dan pemain yang sangat berpengalaman," katanya kepada beIN SPORTS

"Dia adalah bintang kami. Dia memberikan sumbangan kepada kami dalam segala hal - menerusi pengalaman, cita-cita, mental selain sangat membantu di atas padang.

"Semua orang di luar melihatnya sebagai seorang yang ego. Saya rasa tidak, dia sangat mudah didekati, bersimpati, gemar bergurau dan adalah sangat senang menghabiskan masa dengannya."

Ditangguhkan sejak Mac lalu, Serie A akan bersambung pada 20 Jun ini.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 1 Jun 2020 @ 9:50 PM