CALHANOGLU sedia bantu Turki menyinar di Euro 2020. FOTO EPA
CALHANOGLU sedia bantu Turki menyinar di Euro 2020. FOTO EPA
AFP

Istanbul: Harapan Turki untuk menakluk Eropah dan memenangi kejuaraan antarabangsa pertama bergantung kepada pakar sepakan percuma, Hakan Calhanoglu.

Calhanoglu salah seorang daripada bintang dalam skuad yang ramai dibarisi generasi emas baru.

Prestasi terbaik Turki di peringkat antarabangsa ialah penampilan di separuh akhir Euro 2008 dan tempat ketiga Piala Dunia 2002.

Bagaimanapun, mereka masih gagal untuk meraih sebarang trofi.

Calhanoglu yang beraksi dengan AC Milan dan dijangka akan bersinar apabila mereka berkunjung ke Rom untuk berdepan Itali dalam aksi pembukaan Kumpulan A Euro 2020 12 Jun ini.

Dia juga akan membawa segala pengalaman bagi memantapkan lagi pasukan dan antara pemain yang sudah banyak kali mewakili Turki di peringkat antarabangsa.

Bagaimanapun, dia kalanya diletakkan di bangku simpanan oleh jurulatih Senol Gunes selepas dikatakan lebih menyayangi kelab berbanding pasukan kebangsaan.

Calhanoglu mengakui tahun lalu dia merasa kesal terhadap Gunes kerana tidak memberinya tanggung jawab sebanyak mungkin seperti yang dinikmatinya di Milan.

"Saya sedia menggalas tanggungjawab. Apa yang penting bagi saya adalah permainan secara kolektif," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 7 Jun 2021 @ 12:27 PM