Zlatan Ibrahimovic (kiri) ketika beraksi dalam saingan Serie A. FOTO AFP
Zlatan Ibrahimovic (kiri) ketika beraksi dalam saingan Serie A. FOTO AFP
Agensi

ZLATAN Ibrahimovic memberi bayangan dia mungkin melanjutkan tempoh beraksi di AC Milan selepas meluahkan 'harapan untuk beraksi lebih banyak perlawanan' tatkala melakukan 100 penampilan bersama kelab itu.

Penyerang itu kembali ke San Siro sebagai pemain bebas pada Januari lalu sehingga penghujung musim selepas meninggalkan LA Galaxy tetapi dia bertelagah dengan Ketua Eksekutif, Ivan Gazidis mengenai hala tuju kelab Serie A itu.

Pemain berusia 38 tahun itu membantu meningkatkan prestasi AC Milan sejak penyambungan semula bola sepak dan meraikan sedekad perlawanan ketika kemenangan ke atas Parma 3-1 pada Khamis lalu.

Zlatan Ibrahimovic. FOTO Agensi
Zlatan Ibrahimovic. FOTO Agensi

Ibrahimovic dihadiahkan jersi di padang latihan kelab itu yang mencatat sejarah dan dia mendedahkan kenyataan menerusi laman Twitter AC Milan.

Katanya : "Terima kasih di atas semua ucapan tahniah kerana pencapaian 100 penampilan bersama Rossoneri.

"Ia satu kebanggaan untuk beraksi buat AC Milan dan saya harap dapat bermain lebih banyak perlawanan."

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 18 Julai 2020 @ 11:25 PM