NADAL tewaskan Khachanov 7-6 (7/3), 6-4 sebentar tadi untuk mara ke final Toronto Masters. FOTO/AFP
NADAL tewaskan Khachanov 7-6 (7/3), 6-4 sebentar tadi untuk mara ke final Toronto Masters. FOTO/AFP
AFP

TORONTO: Rafael Nadal menewaskan Karen Khachanov 7-6 (7/3), 6-4 sebentar tadi untuk mara ke final Toronto Masters menentang Stefano Tsitsipas.

Ikon Sepanyol itu tekad ‘merosakkan’ hari jadi ke-20 pemain muda dari Greece itu yang mara ke final kedua dalam kariernya selepas menewaskan naib juara Wimbledon, Kevin Anderson 6-7 (4/7), 6-4, 7-6 (9/7).

Pemain nombor satu dunia itu memenangi pertarungan antara dua generasi itu dengan menewaskan Tsitsipas pada April lalu di Barcelona.

"Menang perlawanan ini dan mara ke final Toronto sangat penting,” kata Nadal

"Saya sentiasa bermotivasi pada setiap hari setiap kali bangun tidur dan selalu ada sesuatu yang boleh diperbaiki, “ kata pemain berusia 32 tahun itu.

"Saya mahu terus beraksi dalam sukan ini selama mana yang mungkin.”

Nadal akan beraksi di final ATP ke-116 dan hanya kurang dua kejuaraan untuk merangkul trofi ke-80.

Tsitsipas pula terus mencipta kejutan dengan menewaskan naib juara Wimbledon Kevin Anderson 6-7 (4/7), 6-4, 7-6 (9/7) dalam satu lagi aksi separuh akhir yang berlangsung sebelum itu.

Tsitsipas menjadi pemain pertama sejak 2014 menewaskan empat pemain dalam 10 kelompok teratas dalam aksi Masters 1000 sejak Jo-Wilfried Tsonga melakukannya pada 2014.

Dia juga pemain bukan pilihan pertama dari Kanada melakukannya sejak Nicolas Kiefer pada 2008.

Tsitsipas mengatasi Anderson dari Afrika Selatan yang mempunyai servis kencang dalam masa dua jam 48 minit sekali gus final kedua ATP selepas tewas di tangan Nadal di Barcelona, baru-baru ini.

"Tiada cara lain untuk saya meraikan hari jadi hari ini dengan beraksi di final Masters 1000,” katanya.

"Sukar dipercayai dan tidak sangka ia akan berlaku sepantas ini. Permainan saya semakin bertambah baik. Tahun lalu saya hanya beraksi di kejohanan Challenger di Slovenia."

Pemain muda itu yang menewaskan pilihan kedua Alexander Zverev pada suku akhir turut mengatasi cabaran Dominic Thiem dan Novak Djokovic pada pusingan sebelumnya mara di kedudukan tiga mata akhir.

Kejayaan itu memastikan ranking Tsitsipas melonjak ke tangga ke-15 selepas bermula di tangga ke-27 minggu ini.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 12 Ogos 2018 @ 1:45 PM