PEMAIN Everton, Theo Walcott (tengah) melepasi halangan pemain Newcastle pada aksi Liga Perdana Inggeris di Stadium Goodison Park. - Foto REUTERS
PEMAIN Everton, Theo Walcott (tengah) melepasi halangan pemain Newcastle pada aksi Liga Perdana Inggeris di Stadium Goodison Park. - Foto REUTERS

JARINGAN Theo Walcott sebelum tamat separuh masa pertama memastikan kemenangan Everton ke atas Newcastle United  1-0  awal pagi tadi yang melonjakkan kelab Merseyside itu di tangga kelapan Liga Perdana Inggeris, kedudukan tertinggi mereka musim ini.

Selepas permulaan hambar di Goodison Park, Ayoze Perez hampir meletakkan pasukan pelawat di depan pada minit ke-50 namun tersasar daripada gawang yang diawasi Jordan Pickford selepas menerima umpanan pemain Brazil Kenedy.

Beberapa saat kemudian Everton pula berada di depan selepas Yannick Bolasie melakukan hantaran dari kanan padang dan bekas pemain sayap Arsenal Walcott menyambut bola sebelum meledak gol kemenangan untuk membantu pasukan mengumpul 45 mata daripada 35 perlawanan.

 Newcastle yang berada di tangga kesepuluh berdepan tekanan saat akhir, ketika mereka memburu mata yang akan memastikan mereka kekal di liga utama itu namun gagal menemui penyudah sempurna dan kekal dengan 41 mata, 12 mata di atas zon penyingkiran. - Reuters

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 24 April 2018 @ 5:56 AM