LAMPARD dan Richarlison raikan kejayaan Everton menewaskan Newcastle. -FOTO Reuters
LAMPARD dan Richarlison raikan kejayaan Everton menewaskan Newcastle. -FOTO Reuters
AFP

Liverpool: Pengurus Everton, Frank Lampard patah tangannya ketika meraikan jaringan Alex Iwobi pada minit ke-99 untuk menewaskan Newcastle 1-0 dan membolehkan Toffees yang beraksi dengan 10 pemain dan kini tiga mata di atas zon penyingkiran Liga Perdana.

Gangguan pada separuh masa kedua disebabkan oleh penunjuk perasaan yang mengikat dirinya pada tiang gol dan ulang tayang VAR yang menyebabkan Allan dilayangkan kad merah, menyaksikan masa kecederaan selama 14 minit diberikan di Goodison Park.

Anak buat Lampard memanfaatkan situasi itu apabila Dominic Calvert-Lewin menghantar bola kepada Iwobi untuk menjaringkan gol terpenting dalam kariernya di Everton sejak perpindahannya £40 juta (RM220.78 juta) dari Arsenal tiga tahun lalu.

"Tangan saya patah dalam meraikan kejayaan ini," kata Lampard yang menunjukkan lebam besar di tangan kirinya.

"Ia agak sakit dan menggeletar tapi saya tidak peduli.

Ia adalah kemenangan kedua dari 12 perlawanan liga yang turut disambut meraih ketika mereka berdepan dengan implikasi kewangan dan penyingkiran.

"Ia adalah malam yang penting buat kami. Ia belum selesai, kami masih ada 11 perlawanan untuk diharungi tetapi kami semua menunggu saat ini.

"Malam perjuangan, bersatu hati dan ia mencapai kemuncak di seluruh stadium apabila kami menjaringkan gol," kata Lampard.

Ia adalah kemenangan kedua dalam 12 perlawanan liga buat Everton manakala Newcastle mengalami kekalahan kedua berturut-turut selepas 10 perlawanan tanpa kalah sejak disuntik dana dari Arab Saudi.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 18 Mac 2022 @ 8:44 AM