AZIZULHASNI (kanan) bersama Fatehah akan mewakili CIMB Pro Cycling Team hadapi dua siri awal Piala Dunia di Pruszkow. -Foto fail
AZIZULHASNI (kanan) bersama Fatehah akan mewakili CIMB Pro Cycling Team hadapi dua siri awal Piala Dunia di Pruszkow. -Foto fail
Azlan Muhammad Zain

Kuala Lumpur: Jaguh keirin dunia, Azizulhasni Awang (gambar) akan mengetuai cabaran Malaysia untuk menghadapi dua siri awal Piala Dunia di Pruszkow, Poland dan Manchester hujung minggu depan.

The Pocketrocketman akan bersama-sama Fatehah Mustapa mewakili CIMB Pro Cycling Team manakala Shah Firdaus Sahrom dan Farina Shawati Mohd Adnan mewakili Sime Darby Foundation pada kejohanan yang dijadualkan berlangsung pada 3 hingga 5 November di Poland disusuli 10 hingga 12 November di Manchester.

Manakala Mohd Fadhil Zonis disenaraikan untuk menyertai siri Piala Dunia di Manchester dalam acara satu kilometer ujian masa.

“Azizulhasni, Shah Firdaus dan Farina Shawati akan menyertai keirin dan pecut individu manakala Fatehah hanya menyertai keirin kerana tidak mempunyai mata yang mencukupi untuk turut bersaing dalam pecut individu”kata Pengurus Sukan Berbasikal bagi Program Podium, Mohd Izham Mohamad.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 26 Oktober 2017 @ 12:20 PM