PROTEIN juga bermanfaat untuk pengurusan berat badan yang sihat.
PROTEIN juga bermanfaat untuk pengurusan berat badan yang sihat.
Hartini Mohd Nawi


Protein adalah salah satu daripada tiga jenis makronutrien dalam pemakanan kita, selain lemak dan karbohidrat. Ia terhasil daripada 20 jenis asid amino yang bergabung bersama dalam pelbagai kombinasi untuk membentuk beraneka jenis protein seperti enzim, hormon, antibodi, hemoglobin dan sebagainya yang mempunyai pelbagai fungsi dalam tubuh kita.

Fungsi ini termasuk pertumbuhan, penyelenggaraan dan pembaikpulihan tisu, menyokong tindak balas biokimia (enzim), isyarat dan perhubungan antara sel (hormon), menyediakan struktur (contoh keratin, kolagen), memastikan keseimbangan pH dan cecair yang tepat, imuniti terhadap jangkitan (antibodi), pengangkutan dan simpanan bahan (contoh hemoglobin dan kasein) serta sumber tenaga.

Menurut Pakar Pemakanan, Persatuan Pemakanan Malaysia, Catarina Lynn, protein adalah satu bahagian penting dalam diet yang sihat.

"Selain daripada fungsi yang dinyatakan di atas, protein juga bermanfaat untuk pengurusan berat badan yang sihat.

"Bagi menggalakkan penurunan berat badan, penting untuk kita perhatikan jenis dan kualiti protein yang diambil. Kualiti protein boleh ditentukan komposisi asid amino dalam protein dan jenis

sumber protein," katanya.

Bagaimana protein boleh membantu pengurusan berat badan?

1. Mengurangkan kelaparan dan meningkatkan kekenyangan

Protein memberikan kekenyangan, menambah baik kawalan selera makan dan mengurangkan kelaparan serta membantu supaya tidak terlebih makan.

Banyak kajian menunjukkan bahawa pengambilan makanan menjadi kurang apabila anda menambah protein dalam diet. Tambahan lagi, peningkatan pengambilan protein boleh mengurangkan rasa 'mengidam' dan pengambilan snek pada sebelah malam.

SAJIAN yang mengandungi protein dan lemak boleh mencegah gula darah daripada naik mendadak.
SAJIAN yang mengandungi protein dan lemak boleh mencegah gula darah daripada naik mendadak.

Tinjauan Tabiat Sarapan Jurang Generasi APAC yang dijalankan Herbalife Nutrition pada tahun lalu menunjukkan 50 peratus rakyat Malaysia setuju bahawa sarapan tinggi protein membantu pengurusan berat badan.

Sebanyak 66 peratus bersetuju bahawa protein membantu kita kekal bertenaga sehingga sajian atau snek seterusnya, manakala 49 peratus pula bersetuju bahawa protein membantu meredakan kelaparan dan mengurangkan rasa mengidam pada makanan masin serta berlemak.

2. Meningkatkan metabolisme dan membakar lebih kalori

Protein mempunyai kesan termik makanan tertinggi (20 hingga 30 peratus) berbanding karbohidrat (lima hingga 10 peratus) dan lemak (0 hingga tiga peratus).

Kesan termik makanan merujuk kepada peratus kalori yang digunakan untuk menghadam dan memetabolismekan makanan. Kesan termik makanan yang lebih tinggi bermakna kalori daripada protein dibakar dengan lebih cekap.

PENGAMBILAN makanan kaya protein penting untuk menghasilkan neurotransmiter.
PENGAMBILAN makanan kaya protein penting untuk menghasilkan neurotransmiter.

3. Mencegah penyusutan otot dan kemerosotan metabolisme

Apabila berat badan anda turun, biasanya anda juga akan kehilangan sebahagian jisim otot menyebabkan kadar metabolisme menurun. Apa yang anda mahukan ialah mengurangkan lemak badan (lemak subkutaneus dan visera), bukan jisim otot.

Mengambil protein secukupnya boleh membantu membina otot, mencegah penyusutan otot dan meningkatkan metabolisme, walaupun ketika berat badan anda turun terutama apabila digabungkan dengan senaman latihan kekuatan.

4. Mengurangkan tekanan

Tekanan yang meningkat dan berpanjangan boleh menjejask

an tidur, paras gula darah dan hormon serta menyebabkan makan secara 'beremosi' yang boleh menyebabkan kenaikan berat badan.

Pengambilan makanan kaya protein penting untuk menghasilkan neurotransmiter seperti dopamin dan serotonin yang boleh menambah baik perasaan, mengurangkan tekanan dan mencegah kemurungan.

Diet yang kaya protein juga membantu mengurangkan rasa mengidam pada makanan bergula yang boleh mencetuskan keresahan dan kemurungan apabila diambil berlebihan.

CATARINA
CATARINA

5. Mengawal gula darah daripada meningkat

Dengan hanya mengambil karbohidrat, ini boleh menyebabkan gula darah meningkat tinggi. Jika paras gula darah anda sering tinggi kemungkinan anda mendapat rintangan insulin, lalu menyebabkan gula kurang diserap tubuh.

Anda juga akan mempunyai paras insulin lebih tinggi dalam darah. Faktor ini boleh menghalang lemak dalam tisu adipos daripada digunakan sebagai sumber tenaga.

Sajian yang mengandungi protein dan lemak boleh mencegah gula darah daripada naik mendadak.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 11 November 2022 @ 7:00 AM