RUTIN senaman seperti joging antara gaya hidup sihat.
RUTIN senaman seperti joging antara gaya hidup sihat.
Hartini Mohd Nawi

Situasi yang kurang menggembirakan apabila berdepan perkembangan mendatar dalam usaha menurunkan atau mencapai berat badan sesuai.

Untuk terus menurunkan berat pada kadar sesuai, anda perlu sama ada mengurangkan lagi pengambilan kalori atau memperbanyakkan bersenam.

Kali ini Pengarah Kanan, Pendidikan dan Latihan Pemakanan Dunia, Herbalife Nutrition, Susan Bowerman tampil berkongsi petua:

1. Gunakan diari makanan untuk mengawasi pengambilan kalori

Mungkin anda menjadi lebih berwaspada apabila mula diet, dengan menimbang dan mengukur semua yang anda makan.

Jika anda lebih konsisten dengan diari makanan itu, ia boleh membantu menghentikan perkembangan mendatar dan menurunkan berat badan.

DAPATKAN nasihat pakar untuk diet protein shake anda.
DAPATKAN nasihat pakar untuk diet protein shake anda.

2. Diet protein shake

Diet protein shake sebenarnya menggalakkan penurunan berat badan dengan mengawal selera makan dan mengurangkan pengambilan kalori dalam makanan.

Gantikan dua sajian setiap hari dengan satu protein shake supaya anda tidak melebihi had kalori.

Apabila membuat protein shake, anda tahu bahan sebenar yang memasuki badan dan berapa banyak kalori yang terkandung dalam serbuk protein, susu dan buah. Ini dapat mengelakkan tekaan dalam kiraan kalori.

Gantikan dua sajian dalam sehari dengan protein shake, makan makanan sihat untuk sajian ketiga serta banyakkan snek protein yang kurang lemak, sayur-sayuran dan buah-buahan.

Bagaimanapun, dapatkan nasihat pakar sama ada anda sesuai atau tidak dalam mengamalkan diet protein shake.

3. Kurangkan makan di luar

Tidak kira betapa berwaspada anda ketika mengunjungi restoran, kebiasaannya sukar untuk menganggarkan secara tepat berapa banyak kalori yang anda ambil ketika itu.

Selalunya sukar untuk mengetahui cara sebenar makanan disediakan kerana lemak dan kalori tambahan pasti ada.

Jika anda makan di luar lebih kerap daripada kebiasaan, cuba kurangkan selama beberapa minggu.

Mungkin cara ini dapat membantu anda mengurangkan berat badan.

AKTIVITI fizikal biasa dapat membantu menurunkan dan mengekalkan berat badan anda.
AKTIVITI fizikal biasa dapat membantu menurunkan dan mengekalkan berat badan anda.

4. Tingkatkan latihan kardio dan kekuatan

Apabila membina otot, kadar metabolisme rehat anda bertambah.

Jika anda sudah lama bersenam, badan mungkin berada dalam keadaan yang lebih baik.

Tambahkan pergerakan baru dalam rutin senaman anda.

5. Periksa komposisi badan

Anggap yang anda sebenarnya mungkin sudah mencapai berat yang sepatutnya. Jika boleh, periksa komposisi badan anda.

Jika otot anda lebih banyak berbanding orang biasa, mungkin peratusan lemak badan anda dalam julat yang normal, walaupun berat anda lebih tinggi daripada yang diandaikan.

Dalam situasi itu, anda mungkin tiada lagi berat untuk diturunkan!

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 3 Ogos 2022 @ 6:40 AM