KOLEKSI terbaharu untuk wanita daripada Levi’s.
KOLEKSI terbaharu untuk wanita daripada Levi’s.
Fairul Asmaini Mohd Pilus


LEVI'S tampil dengan komitmen tinggi untuk menjaga keseimbangan alam sekitar menerusi amalan perniagaan dan pembuatan yang mampan.

Menerusi koleksi terbaharu untuk musim bunga/panas 2021 kali ini, jenama itu menggerakkan inisiatif kelestarian pada

sebilangan besar produk.

Ketua Pegawai Produk, Levi Strauss & Co, Karyn Hillman berkata, kelestarian dan penggunaan berhemah adalah perkara paling utama yang sentiasa berlegar di minda mereka setiap kali menghasilkan koleksi rekaan.

"Kami memberi tumpuan terhadap kualiti dan berusaha menerapkan kelestarian seboleh mungkin di mana sahaja, termasuk pada inovasi fabrik.

"Ini kerana kami mahu orang ramai membeli apa sahaja yang mereka gemari dan hidup dengannya serta menyimpannya lebih lama," katanya.

ADA wanita memilih aspek keselesaan berbanding gaya.
ADA wanita memilih aspek keselesaan berbanding gaya.

REKAAN jeans potongan pinggang tinggi yang selesa.
REKAAN jeans potongan pinggang tinggi yang selesa.

Koleksi berkenaan diinspirasikan daripada alam, 'Second Nature,' menggabungkan aliran gaya aktiviti luar, longgar dan lebih selesa.

Keseluruhan koleksi dihasilkan daripada fabrik mampan termasuk kapas organik, gentian hem berkapas serta fabrik lestari lembut dengan teknologi Tencel.

Gentian hem adalah hasil tanaman yang kurang penggunaan air dan racun serangga berbanding penghasilan kapas konvensional.

Namun, berikutan keadaan gentian hem yang lebih kasar, ia bukanlah pilihan popular dalam pembuatan pakaian.

Justeru, jenama berkenaan bekerjasama dengan pakar fabrik dalam proses inovasi 'berkapas' (cottonizing) yang bukan sahaja membuatkan gentian hem lebih lembut malah selesa seperti kapas.

Bagi himpunan lelaki, jenama itu menampilkan koleksi 551 Z Authentic Straight yang diilhamkan daripada rekaan jean pra mengecut 551 asal tahun 1961 namun kali ini ia direka lebih longgar di bahagian kaki.

Sama seperti rekaan terdahulu, ia menampilkan zip berbanding butang dan Red Tab 'E' dua sisi.

Ia sememangnya jeans pilihan untuk pemain skater dan pakar gaya jalanan, juga sesuai bagi mereka yang mahu bergaya seperti seorang skater dan peminat gaya jalanan.

Untuk wanita pula, koleksi jenama itu kali ini hadir dalam rekaan longgar.

Ini kerana sesetengah wanita memilih aspek keselesaan berbanding gaya dan sebaliknya.

Antara rekaan yang ditampilkan adalah seperti potongan pinggang semakin tinggi, bahagian kaki longgar dan lebar serta lipatan kedutan di kaki menerusi pengenalan celana jean High Loose Taper serta High Waisted Straight.

Rekaan untuk High Loose Taper menampilkan bayangan feminin hasil rekaan pinggang melengk

ung dengan bahagian kaki yang longgar dan runcing

Jika digayakan bersama helaian baju feminin, blaus atau kemeja T potongan pendek bersama kasut sneaker, ia jeans ideal bagi gaya formal mahu pun santai.

Naib Presiden, Rekaan Wanita Global Levi's, Jill Guenza berkata, keselesaan dan nostalgia era 1990 adalah kunci kepada pengaruh dalam rekaan koleksi berkenaan.

"Kami memberi nafas baru kepada bayangan ikonik itu untuk gaya terkini dan kelebihan lebih moden.

GAYA pemain skater dan jalanan menarik.
GAYA pemain skater dan jalanan menarik.

"Himpunan padanan longgar untuk wanita itu adalah gabungan elemen keselesaan, versatil dan tenaga era 1990- an yang ideal, " katanya.

Sementara itu, koleksi beg silang, tote dan beg sandang jenama berkenaan musim ini pula dibuat daripada poliester kitar semula.

Semua koleksi berkenaan sudah pun berada di pasaran

Malaysia.S

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 17 Mac 2021 @ 6:17 AM