TRAK pikap konsep EV.
TRAK pikap konsep EV.
Lizam Ridzuan


Pameran Consumer Electronics Show (CES) 2024 yang menjadi platform pempamer untuk inovasi termaju di Las Vegas, Amerika Syarikat baru-baru ini turut menampilkan pelbagai model kenderaan elektrik (EV).

Turut diadakan ialah pelancaran global diadakan oleh VinFast Auto iaitu pengeluar kenderaan dari Vietnam yang memperkenalkan VF 3, iaitu kereta elektrik (EV) mini yang pertama kali diperkenalkan untuk pasaran Vietnam pada Jun tahun lalu.

Model dengan kepanjangan sekitar 3,114 milimeter (mm) ini menampilkan gaya dua pintu dengan rekaan kompak dan lasak dengan jarak kelegaan jalan yang baik dan dipadankan dengan rim aloi bersaiz 16 inci.

Ia juga dengan lampu utama empat segi, logo V bergaya pada bahagian gril hadapan serta gaya bentuk blok geometri pada keseluruhan rekaan tampil unik.

Selain boleh memuatkan lima penumpang, ia juga dengan rekaan kabin gaya minimalis untuk keselesaan dan kemudahan sepanjang perjalanan.

Selain skrin infotainmen bersaiz 10 inci dengan keterhubungan Android Auto dan Apple CarPlay serta kerusi baris kedua boleh dilipat untuk tambahan ruang sehingga 550 liter.

ANTARA rekaan asas VF 3.
ANTARA rekaan asas VF 3.

Model EV ini juga mampu menawarkan jarak perjalanan sehingga 200 kilometer (km) dengan pengecasan bateri penuh serta dengan dua varian Eco dan Plus.

VinFast Auto turut memperkenalkan rekaan konsep trak pikap EV model VF Wild.

Model ini disasarkan buat pembeli generasi baharu yang mahukan sebuah kenderaan mesra alam dengan prestasi dan ketahanan.

Untuk saiz dengan panjang 5,324 milimeter (mm), lebar 1,997 mm yang dikategorikan trak pikap saiz pertengahan.

Ia tampil ciri pratikal dengan pintu tengah di antara ruangan kargo bed yang boleh dilipat menambah saiz ruangan kargo dari 5 ke 8 kaki dengan tempat duduk belakang boleh dilipat secara automatik.

KERETA kompak EV Vietnam.
KERETA kompak EV Vietnam.

VF Wild juga hadir dengan bumbung panorama, cermin sisi digital dan pintu 'suicide' untuk ruang kemasukan lebih baik.

Rekaan luaran VF Wild adalah hasil kerjasama VinFast dengan studio rekaan GoMotive dari Australia, menampilkan elemen estetik 'Fluid Dynamism' yang mengambil masa lebih 8,000 jam untuk disiapkan.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 14 January 2024 @ 7:00 AM