ELEMEN selesa dan elegan.
ELEMEN selesa dan elegan.
ORA Good Cat tawar EV dengan harga kompetetif dan jarak lebih jauh.
ORA Good Cat tawar EV dengan harga kompetetif dan jarak lebih jauh.
Lizam Ridzuan


Faktor utama kenderaan elektrik (EV) yang menjadi pertimbangan pengguna ketika ini lebih kepada jarak dan harga.

Antara EV yang terbaharu yang dilancarkan ke pasaran ialah 'Ora Good Cat' yang menawarkan kedua-dua faktor berkenaan.

Model ini ditawarkan pada harga bermula RM139,800 untuk varian 400 Pro dan RM169,800 untuk 500 Ultra.

Ia turut merangkumi pakej '4-in1 Purr-fect' iaitu pengecas kereta mudah alih dan pengecas di rumah secara percuma selain jaminan lima tahun atau 150,000 kilometer (km).

Untuk bateri pula, ia diberi jaminan lapan tahun atau 180,000km selain kos upah buruh percuma untuk lima kali penyelenggaraan.

Model kenderaan hatchback segmen-B ini menampilkan rekaan gaya futuristik dengan sentuhan elemen kucing dengan lampu hadapan LED pintar, seakan-akan mata kucing.

Model EV ini juga boleh didapati dengan pilihan satu tona warna atau dwi-tona dengan padanan rim aloi 18 inci.

Ia juga didatangkan dengan jalur lampu belakang LED yang menyerlah.

Pada bahagian kabin, ia tampil elegan dengan kemasan dan perincian rapi serta pilihan warna kontra atau gelap yang menarik.

GAYA ranggi padanan rim 18 inci.
GAYA ranggi padanan rim 18 inci.

Untuk tampil gaya moden, ia dilengkapi dengan papan pemuka menerusi paparan meter pemandu bersaiz tujuh inci.

Sistem infotainmennya pula dilengkapi skrin sesentuh 10.25 inci yang boleh disambungkan ke aplikasi Apple CarPlay dan Android Auto.

Kerusi pemandu yang berkuasa elektrik juga dilengkapi fungsi urutan.

Kereta ini juga dilengkapi bumbung panorama.

MAMPU menjangkau sehingga 500km.
MAMPU menjangkau sehingga 500km.

Untuk pemanduan, Ora Good Cat 500 Ultra menawarkan jarak perjalanan sehingga 500km dengan sekali cas.

Bagi model Ora Good Cat 400 Pro pula, ia mencecah jarak 400km.

Kedua-duanya dilengkapi lima mod pemanduan iaitu Normal, Sport, Eco, Eco+ dan Auto.

Ia turut menawarkan bantuan pemanduan dengan kemudahan sistem parkir bersepadu serta kamera 360 darjah definisi tinggi.

Sistem keselamatannya membabitkan Sistem Brek Kecemasan Automatik, Kawalan Brek Selekoh (CBC), Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), Bantuan Kekal Lorong (LKA), Sistem Kawalan Cengkaman (TCS) dan banyak lagi.

KEMASAN kabin terperinci.
KEMASAN kabin terperinci.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 11 Disember 2022 @ 6:30 AM