TAMPIL gaya SUV kompak.
TAMPIL gaya SUV kompak.
Lizam Ridzuan


SELEPAS dilancarkan pada 2018, Volvo XC40 kini didatangkan dengan varian Kenderaan Elektrik Plug-In (PHEV) menerusi model XC40 Recharge T5 R-Design.

Model kenderaan utiliti sukan (SUV) kompak ini juga melengkapi semua barisan kenderaan PHEV Volvo yang dipasang secara tempatan (CKD) seperti model XC90, XC60 dan S60.

Dibangunkan menggunakan Compact Modular Architecture (CMA), buat julung kalinya, model ini dilengkapi enjin tiga silinder 1.5 liter pengecas turbo dengan rangkaian kuasa Drive-E.

Ia dilengkapi motor elektrik yang dipasang pada kotak gear automatik dwi-klac tujuh kelajuan pacuan roda hadapan untuk membantu mengurangkan pelepasan emisi sekitar 50 gram setiap kilometer namun pada masa sama, menawarkan prestasi berterusan.

XC40 kini dengan varian PHEV.
XC40 kini dengan varian PHEV.

Ia menjana 262 kuasa kuda (hp) dan tork pada 425 Nm dengan tambahan 160Nm dan 82 kk disumbangkan daripada motor elektrik untuk lebih responsif.

Ia mampu mencatatkan sifar ke 100 kilometer/sejam (km/j) dalam tempoh 7.3 saat.

Melalui satu pengecasan penuh bateri elektrik, ia mampu bergerak sejauh 40 ke 45km.

Seperti model terdahulu, XC40 Recharge T5 datang dengan teknologi keselamatan terbaik untuk bantuan kepada pemandu seperti Bantuan Pilot, Keselamatan Bandar dan 'Run-off Road protection dan mitigation'.

RUANG dalaman elegan sentuhan Scandinavian.
RUANG dalaman elegan sentuhan Scandinavian.

ekaan luaran kekal dengan ciri sama XC40 sebelum ini. Ia memiliki gaya sentuhan sporty elegan menerusi gril hadapan hitam berkilat dengan 'skid plate'.

Untuk pengecasan, soket elektrik dipasang pada bahagian sisi kiri kenderaan.

Rekaan dalaman kekal ciri elegan Scandinavian seperti hiasan khas kemasan R-Design serta skrin sesentuh Sensus Connect bersaiz 9 inci juga sistem audio 8 pembesar suara.

Sesuai sebagai kenderaan mesra bandar, ia juga dilengkapi ruang storan fleksibel, penyangkut beg, bahagian simpanan terlindung dan pintu yang luas.

CIRI praktikal sesuai untuk gaya hidup urban.
CIRI praktikal sesuai untuk gaya hidup urban.

SUV lima penumpang ini didatangkan dengan kerusi balutan kulit dan tekstil Nubuck R-Design.

Untuk pemandu serta penumpang hadapan, kerusi ini dilengkapi fungsi larasan elektrik.

Terdapat lima pilihan warna ditawarkan iaitu Blackstone, Crystal White Pearl, Bursting Blue Metallic, Glacier Silver Metallic dan Coral Red Metallic.

Volvo XC40 Recharge T5 dijual pada harga RM255,888, kini dikurangkan menjadi RM241,997 selepas pengecualian cukai jualan (atas jalan tanpa insurans).

KUASA elektrik mampu menjangkau sehingga 45km.
KUASA elektrik mampu menjangkau sehingga 45km.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 4 April 2021 @ 7:00 AM