GAMBAR profil Aslam yang dimuat naik di TikTok. FOTO TikTok
GAMBAR profil Aslam yang dimuat naik di TikTok. FOTO TikTok
Redzuan Muharam


Kuala Lumpur: Menantu pelakon, Abby Abadi dan Norman Hakim, Ahmad Aslam atau dikenali Aslam kembali mendapat perhatian selepas membuat pendedahan di TikTok yang dirinya mencari rezeki sebagai pemandu sebuah syarikat e-hailing.

Menerusi perkongsian di TikTok, Aslam memuat naik gambarnya memakai baju dengan memegang topi keledar syarikat e-hailing berkenaan.

"Ye (ya) lah saya bawa Grab je (saja)," tulisnya di ruangan kapsyen.

Difahamkan, Aslam memberi reaksi itu sebagai maklum balas terhadap kenyataan Abby mengenai kerjayanya ketika ditemu bual dalam satu portal berita, baru-baru ini.

Sementara itu dalam hantaran berasingan, Aslam memuat naik video memberi salam dan meminta orang ramai untuk mengikutinya di TikTok.

"Hai, assalamualaikum, saya Aslam, follow (ikut) akaun TikTok baharu saya," katanya dalam video berkenaan.

Perkongsian itu mengundang pelbagai reaksi dengan segelintir netizen mempersoalkan adakah akaun itu sah milik Aslam atau palsu.

Manakala, ada juga yang berseloroh dengan mengatakan Aslam perlu bekerja kuat kerana mempunyai dua isteri.

"Kerja keras abang, bini dah dua tu," tulis pengguna TikTok dikenali Deana.

"Takpe (tak apa) kerja Grab, janji boleh kahwin dua. Semoga dipermudahkan urusan mencari rezeki," tulis seorang lagi pengguna TikTok dikenali Aria Scarlett.

Semakan Harian Metro mendapati akaun TikTok itu milik Aslam berdasarkan siaran langsung dibuatnya untuk berinteraksi dengan pengikut malam ini.

Terdahulu, nama Aslam hangat diperkatakan hingga mendapat kecaman ramai selepas berkahwin dengan anak Abby dan Norman Hakim, Marrisa Dania, 18, di Songkhla, Thailand pada 27 Disember lalu.

Aslam dikatakan berkahwin tanpa pengetahuan keluarga dan isteri pertamanya, Umisya Mazlan.

Lebih dramatik, pernikahan terbabit berlangsung tanpa pengetahuan keluarga Marissa Dania.

Bagaimanapun, kemelut itu berakhir selepas Aslam tampil bertemu dengan keluarga mentuanya dalam satu pertemuan pada pertengahan April iaitu awal Aidilfitri lalu.

Menerusi satu video di laman sosial, Marissa Dania disambut ibu tirinya, Memey Suhaiza dan abangnya, Danish Hakim yang membawa Aslam bertemu dan bersalaman dengan Abby.

Abby dilihat memeluk erat Marissa sebelum dia bersalaman dengan Aslam.

Meskipun berdepan ujian hebat, rumah tangga Aslam dengan isteri pertamanya Umisya masih bertahan kerana mereka masih sah sebagai suami isteri.

Hubungan mereka juga dilihat dalam fasa baik berdasarkan video dimuat naik Umisya di Instagram (IG), satunya ketika Aslam menghantarnya ke lapangan terbang untuk berangkat menunaikan umrah di Tanah Suci.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 7 Mei 2024 @ 11:32 PM