LAPORAN portal Harian Metro sebelum ini.
LAPORAN portal Harian Metro sebelum ini.
Sudirman Mohd Tahir


Kuala Lumpur: "'No comment' (tiada komen)."

Demikian kata isteri pertama Aslam iaitu Umisya Mazlan atau Misya mengenai dakwaan suaminya berkahwin dengan anak pasangan selebriti Norman Hakim dan Abby Abadi iaitu Marissa Dania Hakim pada Disember lalu.

Misya ketika dihubungi Harian Metro berkata, perkara itu sebaiknya dijawab oleh Aslam atau Marissa.

"Rasanya lebih baik bertanya kepada mereka. Maafkan saya," katanya.

Terdahulu, Harian Metro melaporkan Aslam dan Marissa berkahwin di Songkhla, Thailand ketika Masya menunaikan umrah.

Malah, sumber Harian Metro berkata, Marissa dan Aslam berkahwin tanpa pengetahuan isteri pertama dan keluarga Marissa.

Kisah pasangan ini tular apabila Marissa didakwa sebagai orang ketiga dalam hubungan rumah tangga Aslam dan isterinya, Misya Mazlan sehingga bercerai.

Namun, Aslam dan Misya mengambil keputusan untuk rujuk semula dalam edah.

 

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 7 Februari 2024 @ 10:50 PM