MUHAMAD Zeyreen Misha (tengah) dan adiknya,Muhamad Syazreen Haqem (kiri) ketika ditemui di pekarangan Jabatan Perubatan Forensik HSA. FOTO Omar Ahmad
MUHAMAD Zeyreen Misha (tengah) dan adiknya,Muhamad Syazreen Haqem (kiri) ketika ditemui di pekarangan Jabatan Perubatan Forensik HSA. FOTO Omar Ahmad
Omar Ahmad


Johor Bahru: "Kami sekeluarga akan berjumpa babah (bapa) semula di alam lain nanti," kata Muhamad Zeyreen Misha Ahmad Hamdan, 31 dengan nada sebak.

Muhamad Zeyreen Misha adalah anak sulung Allahyarham Ahmad Hamdan Mohamed Ramli, 54, anggota kumpulan Senario yang menghembuskan nafas terakhir di Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini, akibat komplikasi buah pinggang pada 12.50 tengah hari tadi.

Katanya, jenazah arwah bapanya itu akan dibawa ke Masjid Abu Ubaidah Taman Perpaduan, Ulu Kinta di Ipoh, Perak sebelum dikebumikan malam ini.

"Selepas ini kami akan membawa pulang babah ke kampung halaman di Ipoh, Perak dan akan dikebumikan malam ini juga.

"Babah sudah lama berehat (ditidurkan). Sudah tiba masa saya sebagai ketua keluarga yang baharu membuat keputusan untuk mudahkan rehat babah," katanya ketika ditemui di pekarangan Jabatan Perubatan Forensik HSA di sini, hari ini.

Bercerita lanjut, Muhamad Zeyreen Misha berkata, ketika hidup, arwah bapanya itu tak ubah seperti 'penceramah bebas' yang sering memberi pesanan bermanfaat kepada ahli keluarga dan rakannya.

"Doakan kami sekeluarga terus sihat kekal kuat, mohon semua doakan babah saya.

"(Kumpulan) Senario dah tinggal enam orang tau," katanya sebak.

Berita berkaitan

'Hamdan mohon maaf kepada peminat' - Yassin Senario

Hamdan Senario 'sparring' Azlee di pentas

'Hamdan rahsiakan penyakitnya' - Pak Ya

Hamdan selalu pesan jangan tinggal solat, maafkan semua orang

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 5 January 2024 @ 5:44 PM