GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
Mahaizura Abd Malik


Kuala Lumpur: Angka kes baharu Covid-19 tidak banyak berubah apabila 5,720 kes direkodkan hari ini iaitu menurun sedikit berbanding 5,736 kes yang dilaporkan semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, angka terbaharu itu menjadikan jumlah kumulatif kes di Malaysia mencecah 2,887,780 kes setakat ini.

Katanya, maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW.

"Data harian laman COVIDNOW dikemaskini sekaligus selepas tengah malam," katanya di Twitter, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 3 Februari 2022 @ 3:06 PM