GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
Mahaizura Abd Malik


Kuala Lumpur: Jumlah kes baharu Covid-19 hari ini mencatatkan peningkatan kepada 4,262 kes berbanding 3,900 kes yang direkodkan semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, data terbaharu itu menjadikan jumlah kumulatif kes di Malaysia mencecah 2,707,402 kes setakat ini.

Katanya, maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW.

"Data harian laman COVIDNOW dikemaskini sekaligus selepas tengah malam," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 16 Disember 2021 @ 2:16 PM