GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP

Kuala Lumpur: Jumlah kes baharu Covid-19 menurun dengan 3,900 kes dilaporkan hari ini berbanding 4,097 kes, semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, angka terkini itu menjadikan jumlah kumulatif kes dalam negara mencapai 2,703,140 kes.

Menurutnya, maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW di http://covidnow.moh.gov.my.

"Data harian laman Covidnow dikemaskini sekali gus selepas tengah malam," katanya dalam hantaran di Twitter, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 15 Disember 2021 @ 2:07 PM