HUKUMAN sebat terhadap wanita itu. FOTO AFP
HUKUMAN sebat terhadap wanita itu. FOTO AFP
Agensi

Banda Aceh: Seorang wanita di Indonesia disebat 100 kali akibat berzina manakala pasangannya yang menafikan melakukan kesalahan itu disebat 15 kali.

Ketua Bahagian Siasatan Am, Pejabat Pendakwaan Aceh Timur, Ivan Najjar Alavi berkata, mahkamah menjatuhkan hukuman lebih berat terhadap wanita yang sudah berkahwin itu selepas dia mengaku melakukan hubungan seks di luar perkahwinannya.

Katanya, hakim mendapati kesukaran mensabitkan kesalahan lelaki itu yang sudah berkahwin dan seorang ketua agensi perikanan di Aceh Timur kerana tertuduh menafikan semua pertuduhan.

"Semasa perbicaraan, dia menafikan semua tuduhan. Oleh itu, (hakim) tidak dapat membuktikan sama ada dia bersalah," katanya.

Sebagai hukuman alternatif, sebaliknya hakim mendapati lelaki yang sudah berkahwin itu bersalah kerana menunjukkan kasih sayang kepada pasangan wanita yang bukan isterinya selepas pasangan itu ditangkap penduduk tempatan di ladang sawit pada 2018.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 15 January 2022 @ 6:30 AM