SEORANG wanita beragama Kristian yang dihukum sebat, semalam,  kerana menjual arak di Aceh.
SEORANG wanita beragama Kristian yang dihukum sebat, semalam, kerana menjual arak di Aceh.

Banda Aceh: Seorang wanita beragama Kristian berusia 60 tahun di wilayah Aceh dihukum sebat kelmarin kerana didapati bersalah menjual arak.

Wanita itu menjadi pesalah pertama bukan beragama Islam dihukum mengikut undang-undang Syariah yang dikuatkuasakan di wilayah berkenaan.

Dia dihukum sebat 30 kali di hadapan beratus-ratus penduduk bersama satu pasangan yang dihukum sebat 100 kali kerana berzina.

Aceh satu-satunya wilayah di Indonesia yang menguatkuasakan undang-undang Syariah dan hukuman sebat biasanya dilakukan di tempat awam.

Mereka yang didapati bersalah terbabit dalam zina, hubungan sama jenis, minum arak dan judi berdepan dengan hukuman itu.

Pegawai di pejabat pendakwa raya Aceh Tengah, Lili Suparli berkata, undang-undang Syariah sebelum ini hanya terpakai untuk individu beragama Islam. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 14 April 2016 @ 10:35 AM