Zuhainy Zulkiffli


Balik Pulau: Persekitaran jijik dan meloyakan dapat dilihat ketika pemeriksaan di kilang memproses otak udang di Pantai Acheh, di sini, hari ini.

Malah, lantai tempat simpanan bahan itu dipenuhi dengan tumpahan otak udang yang sudah berbau busuk.

Keadaan itu dikesan ketika pemeriksaan dijalankan sepasukan pegawai dari Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKNPP) menerusi Op Bersih.

Pegawai Kesihatan BKKM JKNPP, Mohd Wazir Khalid berkata, pihaknya turut menemukan puntung rokok berhampiran tempat pembungkusan otak udang berkenaan.

"Ketika pemeriksaan, terdapat bendasing ditemukan dalam otak udang yang sedang diproses.

"Otak udang yang sudah luput masih disimpan bersama dengan bekalan sudah siap bagi pasarkan.

"Kami turut menemukan kulat dan ulat dalam bekas simpanan," katanya kepada media, di sini, hari ini.

JPJ menahan tiga individu yang menjalankan kegiatan kereta sewa tanpa lesen di klia2 semalam. FOTO ihsan JPJ
JPJ menahan tiga individu yang menjalankan kegiatan kereta sewa tanpa lesen di klia2 semalam. FOTO ihsan JPJ

Mohd Wazir berkata, terdapat otak udang sudah dibotolkan berada dalam keadaan tidak elok untuk dipasarkan walaupun belum melepasi tarikh tamat tempoh.

Katanya, pemilik premis memberi alasan otak udang yang sudah rosak tidak sempat dibuang, namun alasan itu tidak boleh diterima.

"Kami turut meragui logo halal digunakan pada label dan akan syorkan dengan agensi berkaitan bagi mengambil tindakan.

"Premis itu pernah diserbu dan diarahkan tutup serta sudah diberi peringatan mengenai kebersihan, namun didapati hari ini keadaannya tetap sama," katanya.

Susulan itu, premis itu dikenakan dua kompaun sebanyak RM5,000 dan diarah tutup selama 14 hari mengikut Seksyen 11 Akta Makanan 1983 kerana gagal mematuhi Program Jaminan Keselamatan Makanan (PJKM).

PEGAWAI BKKM JKNPP memeriksa kilang memproses otak udang, hari ini. FOTO ZUHAINY ZULKIFFLI
PEGAWAI BKKM JKNPP memeriksa kilang memproses otak udang, hari ini. FOTO ZUHAINY ZULKIFFLI

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 28 Disember 2021 @ 3:04 PM