DR Daniel Lanzer
DR Daniel Lanzer
Agensi

Sydney: Akibat berhenti untuk merakam TikTok ketika melakukan pembedahan, seorang pakar bedah plastik di Australia dilarang daripada melakukan prosedur kosmetik.

Dr Daniel Lanzer, yang mempunyai lebih 13 juta pengikut di platform itu, dihalang daripada menjalankan semua jenis pembedahan kosmetik di Australia selepas beberapa pesakit mengadu mengenai pengalaman mereka.

Daily Star melaporkan, doktor itu menjadi terkenal selepas menyiarkan beberapa siri video termasuk menari ketika melakukan pembedahan yang menarik ribuan pengikut.

Salah seorang pesakitnya yang dikenali sebagai Jackie berkata, dia mengalami kesakitan dan ketulan di dagunya dalam pembedahan yang disiarkan di platform sosial.

"Dia sedang melakukan pembedahan dan dia berhenti, menyemak video, kemudian berkata, saya tidak mahu itu, potong itu, buat lagi.

"Saya tidak tahu sama ada mahu ketawa atau menangis. Ia jelas bagi saya," katanya kepada A Current Affair.

Seorang wanita, Amy berkata, pakar itu berkongsi pembedahannya dalam talian walaupun dia tidak memberi kebenaran, lapor 9 Now.

Amy berkongsi mesej di mana wanita itu mendakwa ditawarkan alat khas yang dihantar ke rumahnya supaya dia boleh menanggalkan kesan pembedahan.

Seorang lagi pesakit mendakwa doktor TikTok itu meninggalkan ketulan lemak di perutnya selepas prosedur sedut lemak yang gagal.

"Jika saya tahu perkara ini akan berlaku, saya tidak akan membiarkan dia mendekati saya," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 1 Disember 2021 @ 6:30 AM