FOTO kejadian yang tular semalam.
FOTO kejadian yang tular semalam.
Nuraliawati Sabri
am@hmetro.com.my


Melaka: Anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Melaka Tengah yang tidak sedarkan diri selepas dibawa arus deras di Kampung Sungai Putat, meninggal dunia, awal pagi ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka Abu Bakar Katain berkata, Mohd Diya Che Jusoh, 46, disahkan meninggal ketika menerima rawatan di Zon Merah, Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Melaka.

"Allahyarham disahkan meninggal dunia pada 3.11 pagi tadi oleh pegawai perubatan.

"Jenazahnya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Masjid An-Nur Krubong, kira-kira 10 pagi nanti," katanya.

Media sebelum ini melaporkan, anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Melaka Tengah tidak sedarkan diri selepas dibawa arus deras ketika membantu mangsa banjir.

Dia kemudian dilaporkan bergantung dengan alat bantuan pernafasan ketika menerima rawatan di hospital.

Ketika kejadian, anggota berkenaan memasang tali untuk menyelamatkan mangsa banjir.

Berita berkaitan:

  • Anggota bomba dibawa arus deras masih kritikal [METROTV]
  • Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 21 Oktober 2021 @ 8:11 AM