Roselan Ab Malek


Temerloh: Jenazah Allahyarham Konstabel Norhalim Tumiran, 24, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Felda Bukit Damar, Lanchang, di sini, malam tadi.

Allahyarham yang bertugas di Bahagian Jabatan Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sibu meninggal dunia pada 6 Mei 2021 di Sibu, Sarawak, akibat terkena tembakan.

JENAZAH Konstabel  Norhalim Tumiran  selamat  dikebumikan
JENAZAH Konstabel Norhalim Tumiran selamat dikebumikan

Terdahulu, jenazah Allahyarham diterbangkan dengan penerbangan khas Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dari Sibu ke Pangkalan TUDM, Subang pada 4.40 petang semalam.

Jenazah yang tiba di Pangkalan TUDM Subang terus dibawa ke Felda Bukit Damar, Lanchang untuk disembahyangkan oleh saudara-mara dan penduduk, di Masjid Felda Bukit Damar, Lanchang.

Seterusnya jenazah dibawa ke Tanah Perkuburan Felda Bukit Damar dan pengebumian disempurnakan kira-kira 10 malam tadi.

Allahyarham meninggalkan isteri, Nurfitrah Ramli, 24 dan seorang anak, Nur Alisya yang berumur satu tahun dua bulan.

Berita berkaitan

Telefon suami lebih 50 kali, tapi tak dijawab...

'Jenazah konstabel Norhalim dihantar pulang hari ini'

'Konstabel maut tertembak: 3 rakan direman'

'Konstabel maut tertembak di kepala'

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 9 Mei 2021 @ 8:18 AM