Sebuah bangunan 13 tingkat runtuh di ibu negara Mesir hari ini menyebabkan sekurang-kurangnya lapan maut dan 22 cedera. FOTO AFP
Sebuah bangunan 13 tingkat runtuh di ibu negara Mesir hari ini menyebabkan sekurang-kurangnya lapan maut dan 22 cedera. FOTO AFP
Agensi

Kaherah: Sebuah bangunan 13 tingkat runtuh di ibu negara Mesir hari ini menyebabkan sekurang-kurangnya lapan maut dan 22 cedera.

Arab News melaporkan, polis menutup kawasan itu di daerah Gesr al-Suez, Kaherah bagi membolehkan pasukan pertahanan awam dan ambulans melakukan operasi mencari dan menyelamat dalam runtuhan.

Setakat ini, tiada maklumat jelas apa yang menyebabkan keruntuhan itu.

Tetapi runtuhan bangunan perkara biasa terjadi di Mesir disebabkan pembinaan haram dan lemahnya peraturan di sana.

Kejadian di Gesr Suez berlaku beberapa jam selepas tragedi kereta api yang menyebabkan sekurang-kurangnya 32 orang maut.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 27 Mac 2021 @ 5:33 PM