TEDROS Adhanom Ghebreyesus. FOTO AFP
TEDROS Adhanom Ghebreyesus. FOTO AFP
AFP

Geneva: Ketua Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Tedros Adhanom Ghebreyesus kini menjalani kuarantin selepas disahkan menjadi kontak kepada seorang individu yang disahkan positif Covid-19.

Bagaimanapun, beliau berkata setakat ini, tidak mempunyai swerang simptom jangkitan virus itu.

"Saya sudah dikenal pasti sebagai kontak kepada seorang yangg disahkan positif #Covid19," katanya menerusi Twitter, pada Ahad.

Menurutnya lagi, beliau berada dalam keadaan sihat dan perlu menjalani kuarantin kendiri sejajar dengan protokol WHO dan bekerja dari rumah.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19


  • Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 2 November 2020 @ 9:08 AM