FOTO HIASAN
FOTO HIASAN
AFP

Geneva: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengecam 'ketamakan' negara kaya yang mempertimbangkan pemberian vaksin penggalak Covid-19, namun padamasa sama masih banyak negara lain yang terus diancam virus itu.

Dengan nada yang tegas, WHO mengatakan negara berkenaan perlu malu jika membuat keputusan untuk meninggalkan negara yang lemah dalam menghadapi wabak ini.

Agensi kesihatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) itu juga mengingatkan pengeluar vaksin supaya tidak mengutamakan dos ketiga sebagai penggalak.

Sebaliknya, ia perlu memberi keutamaan kepada pengeluaran dos pertama dan kedua kepada petugas kesihatan dan warga emas di negara miskin.

Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus berkata demikian dalam sidang media ketika ditanya mengenai tempoh pandemik ini akan berakhir.

"Kita akan akhiri pandemik ini tidak lama lagi kerana kita sudah memiliki kaedah untuk mengatasinya," katanya.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 13 Julai 2021 @ 10:06 AM