PUTRAJAYA 10 AUGUST 2020. Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah ketika sidang media harian berkaitan jangkitan COVID-19 di Kementerian Kesihatan, Putrajaya. NSTP/MOHD FADLI HAMZAH
PUTRAJAYA 10 AUGUST 2020. Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah ketika sidang media harian berkaitan jangkitan COVID-19 di Kementerian Kesihatan, Putrajaya. NSTP/MOHD FADLI HAMZAH
Suraya Roslan

Kuala Lumpur: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan Malaysia kini memasuki gelombang ketiga pandemik Covid-19 selepas mencatatkan angka tiga digit kes baharu selama beberapa hari berturut-turut.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam Facebook rasminya mengingatkan orang ramai supaya bekerjasama memutuskan penularan rantaian wabak itu.

"Kita sekarang sudah memasuki gelombang ketiga #COVID19.

"Sekali lagi kita mesti bersama berpadu tenaga memutuskan rantaian penularan jangkitan ini. #KitaJagaKita," katanya.

Jangkitan kes baharu menunjukkan peningkatan ketara apabila negara merekodkan angka tertinggi dengan 691 kes Selasa lalu, iaitu tertinggi sejak Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan.

  • Lagi berita berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan

  • Lagi berita berkaitan Covid-19


  • Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 9 Oktober 2020 @ 3:13 PM