Saipul Adli Mohamad dan Yusmizal Dolah Aling dan Ekhwan Haque Fazlul Haque


LEBIH pakai pelindung muka daripada tidak pakai langsung. Nasihat Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah kepada rakyat Malaysia bagi membendung penularan wabak Covid-19.

Katanya, walaupun belum ada bukti pelindung muka boleh menghindari jangkitan, tetapi ia adalah lebih baik daripada tidak memakainya.

Katanya, pelitup muka terbukti dapat membendung jangkitan berbanding pelindung muka.

"Kita ada beberapa jenis pelitup muka iaitu untuk perubatan dan bukan perubatan. Untuk perubatan kita ada N95 untuk digunakan di wad dan Unit Rawatan Rapi (ICU).

"Barisan hadapan atau pun staf digalakkan menggunakan tiga lapisan. Untuk bukan perubatan kita galakkan gunakan tiga lapisan fabrik," katanya pada sidang media harian hari ini.

Menurutnya, pelindung muka boleh digunakan untuk menutup muka dan ia sekurang-kurangnya memberi perlindungan kepada mereka yang menggunakannya.

"Pemakaian pelitup muka pula terbukti dapat memutuskan rantaian Covid-19 iaitu 60 hingga 65 peratus," katanya.

PELITUP muka terbukti dapat membendung jangkitan berbanding pelindung muka. FOTO Arkib NSTP
PELITUP muka terbukti dapat membendung jangkitan berbanding pelindung muka. FOTO Arkib NSTP

  • Lagi berita berkaitan Covid-19


  • Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 10 Ogos 2020 @ 7:46 PM