PENGUNDI dikenakan mencalit dakwat kekal sebelum melakukan pengundian pada tinjauan perjalanan proses pengundian undi bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Aru di Sekolah Menengah Kebangsaan Sanzac. FOTO Aswadi Alias.

Wartawan HM

Kota Kinabalu: Gabungan Rakyat Sabah (GRS) mendahului dengan 28 kerusi berdasarkan keputusan tidak rasmi setakat jam 8.25 malam ini.

Daripada jumlah itu 12 dimenangi Perikatan Nasional (PN), diikuti Barisan Nasional (11 kerusi) dan Parti Bersatu Sabah (PBS) lima kerusi.

Keputusan tidak rasmi turut menunjukkan Parti Warisan Sabah (WARISAN) memenangi tujuh kerusi setakat ini, manakala satu kerusi dimenangi calon Bebas iaitu di Kuamut.

GRS memerlukan lapan kerusi lagi bagi memperolehi majoriti mudah untuk membentuk kerajaan.

Lagi berita berkaitan PRN Sabah

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 26 September 2020 @ 8:34 PM