HAJIJI tiba di pintu masuk utama Istana Negeri. FOTO Yun Mikail
HAJIJI tiba di pintu masuk utama Istana Negeri. FOTO Yun Mikail
Yu Mikail

Kota Kinabalu: Rombongan membawa bakal Ketua Menteri Sabah baharu, Datuk Hajiji Noor tiba di pintu masuk utama Istana Negeri di sini, 10 pagi, hari ini.

Hajiji yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Sabah hadir ke istana pagi ini bagi mengangkat sumpah jawatan Ketua Menteri.

Semalam, Gabungan Rakyat Sabah (GRS) sebulat suara menamakan Hajiji sebagai calon Ketua Menteri Sabah baharu.

GRS memperoleh majoriti mudah pada Pilihan Raya Negeri Sabah ke-16 apabila memperoleh 38 daripada keseluruhan 73 kerusi DUN negeri ini.

Hajiji hadir ke Istana Negeri petang semalam bagi menerima watikah pelantikan daripada Yang di-Pertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin.

Lagi berita berkaitan PRN Sabah

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 29 September 2020 @ 10:33 AM